Microsoft perkenal perisian khusus untuk atasi masalah Crowdstrike pada Windows

Amanz
Julai 22, 2024 07:10 MYT
Recovery Tool ini boleh dimuat turun untuk membaik pulih komputer yang terkesan dengan masalah kemas kini Crowdstrike.
MICROSOFT memperkenalkan satu perisian khusus atau “Recovery Tool” untuk para pentadbir IT pada peringkat perusahaan, dalam membolehkan mereka membaik pulih masalah akibat kemas kini Crowdstrike dengan lebih pantas.
Perisian berkenaan boleh dimuat turun secara percuma melalui Microsoft Download Center.
Perisian ini akan membolehkan penghasilan sebuah pemacu USB yang boleh boot, dan kemudian digunakan pada komputer atau sistem yang terkesan.
Ia seterusnya memudahkan pentadbir IT untuk memasuki sistem berkenaan, dan memadam fail Crowdstrike yang membawa kepada masalah komputer tidak boleh dimulakan.
Bagi anda yang merupakan pentadbir IT, boleh memuat turun Recovery Tool ini, dan menggunakannya dalam membaik pulih komputer yang terkesan dengan masalah kemas kini Crowdstrike. -Amanz
#Microsoft #Crowdstrike #recovery tool #pentadbir IT