Microsoft kembali atasi Apple, NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia

Amanz
Jun 24, 2024 11:40 MYT
Microsoft berada di kedudukan teratas dengan nilai pasaran $3.343 trilion (~RM 15.75 trilion) dengan Apple di tangga kedua dengan nilai $3.191 trilon dan NVIDIA pula dengan nilai $3.113 trilion. -Amanz
STATUS NVIDIA sebagai syarikat paling bernilai di dunia tidak mampu bertahan lebih seminggu kerana pagi ini mereka kembali dipintas oleh Microsoft.
Ketika artikel ditulis, Microsoft berada di kedudukan teratas dengan nilai pasaran $3.343 trilion (~RM 15.75 trilion) dengan Apple di tangga kedua dengan nilai $3.191 trilon dan NVIDIA pula dengan nilai $3.113 trilion.
Triniti teknologi ini kekal sebagai tiga syarikat yang mempunyai nilai pasaran lebih $3 trillion.
Saham Microsoft kembali melonjak kerana komputer Copilot+ PC mula dipasarkan minggu lalu dengan kemampuan AI dan mempunyai prestasi yang akhirnya memberikan persaingan sengit kepada komputer Mac yang hanya akan menerima ciri AI pada Q4 2024.
Sementara itu, saham NVIDIA pula mungkin jatuh sedikit dengan pemegang saham mula menjual semua pemilikan bagi mendapatkan keuntungan.
Peningkatan saham NVIDIA adalah amat menakjubkan sejak setahun lalu dipacu oleh permintaan tinggi untuk CPU dan GPU pemecut AI keluaran mereka. -Amanz
#NVIDIA #Microsoft #Apple #syarikat paling bernilai
;