Mercedes catat peningkatan 24 peratus separuh tahun pertama 2014

Media Statement
Julai 9, 2014 17:51 MYT
Mercedes catat peningkatan 24 peratus separuh tahun pertama 2014 - Gambar fail
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd mencatatkan peningkatan 24 peratus keseluruhan bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2014.
Dalam tempoh Januari sehingga Jun lepas, produk mewah ini telah mencatatkan sebanyak 4,536 unit penjualan kenderaannya berbanding 3,646 bagi tempoh sama tahun lepas.
Peningkatan ini adalah kerana pertambahan dalam unit kenderaan penumpang yang mencatat 3,366 unit sekali gus pertumbuhan 48 peratus.
Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memberitahu, pertumbuhan luar biasa itu disebabkan pengenalan dua model yang dilancarkann pada Mac.
CLA dan S-Class menguasai pasaran dengan kenaikan 126 peratus pertambahan tempahan, menjadikannya antara kereta terbaik dunia di dalam kelasnya.
Kelas CLA juga diperluaskan kepada kumpulan sasar dan portfolio baru Mercedes-Benz Malaysia yang menyumbang kepada tujuh peratus daripada keseluruhan jualan.
Dalam pada itu, sejak awal tahun, model A dan E-Class terus mengekalkan momentum kukuh penjualan di negara ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roland Folger berkata, peningkatan itu sudah dijangka berterusan pada separuh kedua tahun ini.
"Ia merupakan hasil pelbagai pelaburan dalaman yang dilakukan selain rangkaian luas pengedar Mercedes-Benz di negara ini.
"Pelanggan juga berpuas hati dengan pengenalan program jaminan empat tahun yang diperkenalkan pada tahun lepas," ujarnya.
Dalam pada itu, pertambahan kenderaan perdagangan Mercedes-Benz turut menyumbang kepada peningkatan dalam tempoh Januari sehingga Jun tahun ini.
Penggunaan kenderaan perdagangan Mercedes-Benz juga mencatat pertambahan 35 peratus kepada 99 unit daripada 66 unit dalam tempoh sama tahun lepas.
Jenama ini kini digunakan syarikat-syarikat pengangkutan seperti Hexagon High Transport Sdn Bhd, Interway Transport Sdn Bhd dan Swift Haulage Sdn Bhd.
Sementara itu, penurunan sebanyak 17 peratus FUSO kepada 1,081 unit daripada 1,306 unit dilihat berpunca daripada penyempurnaan penswastaan projek pengurusan sisa oleh kerajaan.
Angka lebih besar sudah dicatat pada tahun lepas sekali gus memberikan kesan penurunan pada tahun ini.
"Ia merupakan separuh tahun pertama yang menarik. Dari pengecualian duti untuk model Hibrid Mercedes-Benz S400L; dan pecah tanah kilang baru di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Pekan, Pahang selain sokongan Menteri Belia dan Sukan semasa merasmikan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Latihan Perantis di Glanmarie, Shah Alam. Ia benar-benar melonjak angka jualan Mercedes-Benz di peringkat global," katanya.
Sebelum ini di Stuttgart, Naib Presiden Eksekutif Jualan dan Pemasaran Mercedes, Ola Källenius yang bertanggungjawab di atas hal pemasaran dan jualan mengumumkan syarikat itu mencatat jualan 783,520 unit kenderaan di seluruh dunia.
"Angka itu memberi tanda kita berada di landasan betul untuk mencipta satu lagi rekod tahun ini," katanya.
Dalam pada itu Folger menambah, Mercedes-Benz Malaysia sangat komited untuk terus mencatat peningkatan jualan kepada pasaran Malaysia.
"Kami berharap dapat membantu Malaysia dengan pemasangan tempatan model Hibrid S400L yang sedang dalam perancangan.
"Ia dilihat dapat memenuhi cita-cita negara untuk menjadi sebuah hab
, kami juga berharap untuk menyumbang dalam membantu Malaysia memenuhi cita-cita untuk menjadi sebuah hab kenderaan cekap tenaga (EEV) serantau," ujarnya.
Setelah 10 tahun, Mercedes-Benz Malaysia meletakkan misi kepada rangkaian perkhidmatan yang terbesar di kalangan jenama premium automotif.
Sebanyak 32 peniaga dan 29 pusat perkhidmatan yang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, menyediakan lebih daripada 300 pusat perkhidmatan dengan keupayaan memberi perkhidmatan kepada lebih 600 kenderaan sehari.
#a-class #Mercedes #roland folger #S-Class
;