Melabur tidak susah, ia sama seperti bermain bola sepak
Ibrahim Sani
Julai 23, 2018 19:35 MYT
Julai 23, 2018 19:35 MYT
ISU pelaburan boleh dilihat sebagai sama dengan sebuah permainan bola sepak. Sesebuah permainan bola sepak dimulai dengan ‘kick-off’ dan diakhiri dengan wisel penamat. Dalam isu pelaburan, waktu diantara ‘kick-off’ dan wisel penamat sama dengan tempoh hayat seseorang pelabur.
Permainan bola sepak dimenangi dengan menjaringkan gol yang lebih banyak dari pasukan lawan, dalam masa sama, mengelakkan dari pasukan sendiri membolosi jaringan sendiri. Dalam pelaburan, anda boleh ‘menang’ jika pelaburan anda meningkat lebih dari masa anda mula.
Jadi dalam artikel ini, kita harus lihat instrumen pelaburan sama seperti pemain-pemain bola sepak. Ini kerana, dalam permainan bola sepak, pemain adalah segala-galanya. Isu ini sama dalam isu pelaburan, di mana instrumen pelaburan adalah segala-galanya dalam meningkatkan nilai seseorang pelabur.
Penjaga Gol: Dalam pelaburan, instrumen yang boleh menjaga kepentingan seseorang pelabur, yang boleh dilihat sebagai sama dengan sesebuah pasukan bola adalah penjaga gol. Dalam pelaburan, instrumen seperti ini adalah seperti AAA-rated government bonds (atau sukuk kerajaan). Ini kerana, instrumen ini adalah lebih selamat, nilai yang tidak berubah secara mendadak, tetapi pada masa sama, tidak akan memberi keuntungan yang tinggi berbanding instrumen lain.
Pertahanan: Barisan pertahanan adalah kritikal dalam sesebuah pasukan bola. Tanggungjawab mereka bukan sahaja untuk memberikan perlindungan kepada Penjaga Gol, tetapi mereka harus menolong pemain-pemain tengah untuk menjaringkan gol. Terdapat banyak contoh di mana jaringan gol dari barisan pertahanan mampu menyelamatkan sesebuah pasukan dari kekalahan. Sama seperti isu pelaburan, instrumen yang boleh dikatakan sebagai pemain pertahanan adalah seperti Sukuk Pelaburan Nilai-AAA Berkualiti Tinggi yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Johnson & Johnson, dan sebagainya. Instrumen seperti ini boleh memberikan nilai kupon bon yang konsisten, dan sesekali juga, boleh memberikan pulangan modal yang tinggi.
Sayap Pertahanan: Pada asasnya, mereka adalah barisan pertahanan. Tetapi posisi mereka seringkali bertindih dengan pemain-pemain tengah dan juga pemain-pemain penyerang, jika diperlukan. Dalam dunia pelaburan, instrumen seperti ini sama dengan Sukuk Hasil Tinggi (High Yield Bonds) dan juga “Junk Bonds” atau Sukuk Bukan-Gred-Pelabur (Non Investment Grade Bonds). Penggunaan instrumen pelaburan seperti ini mungkin memberikan pulangan yang bagus, tetapi menggunakan pelaburan seperti ini akan menyebabkan sesebuah pasukan lebih terdedah dengan serangan lawan, berbanding dengan pelaburan yang lebih selamat (seperti Bon Gred-Pelabur / Investment-grade bonds).
Pemain Tengah: Dalam mana-mana pasukan bola, sekiranya pemain tengah itu kuat, maka seluruh pasukan itu sama kuat. Sebaliknya, jika pemain tengah lemah, maka pasukan itu juga ikut lemah. Di dalam isu pelaburan, pemain tengah boleh diibaratkan sebagai instrumen Aset Pelbagai Global atau Global Balanced. Instrumen seperti ini ada ciri-ciri sama seperti sukuk. Mereka boleh ditugaskan untuk memberi pertahanan jika diperlukan, dan serangan, jika diharuskan.
Penyerang: Tujuan utama adanya posisi ini, adalah untuk menjaringkan gol, dan memberikan kemenangan. Ia betul sesetengah penyerang juga memberikan sokongan dalam bentuk pertahan dan juga ‘build-up’ kepada serangan. Tetapi ini bukan tujuan utama mereka. Maka dalam dunia pelaburan, instrumen yang dikatakan sama seperti pemain penyerang, adalah seperti pelaburan dalam pasaran baru (Emerging Markets) atau saham di negara Asia. Mereka akan memberikan pulangan yang tinggi sekiranya kitaran pasaran itu betul (sama seperti menjaringkan gol). Tetapi jika seseorang pelabur meletakkan terlalu ramai ‘pemain penyerang’ di dalam portfolio mereka, iaitu melabur terlalu banyak dalam pelaburan seperti ini, ia mungkin akan menjejaskan nilai portfolio mereka (terlalu ramai penyerang tidak bermaksud akan mendapat banyak gol).
Pengurus dan Jurulatih: Tugasan pengurus adalah untuk memastikan strategi dan taktik yang digunakan oleh pasukan bola itu tepat dengan suasana yang akan dihadapi, wajar dengan lawan yang akan dihadapi, dan sesuai dengan pemain yang ada dalam pasukan itu. Dari perspektif pelaburan, tanggungjawab ini boleh digalas oleh penasihat pelaburan anda, iaitu Standard Chartered Bank (SCB). Sama seperti seseorang pengurus, SCB akan membantu anda untuk menilai suasana ekonomi yang ada sekarang, suasana ekonomi yang akan mendatang (lawan), dan instrumen pelaburan yang tepat untuk digunakan (pemilihan pemain). Sama seperti seseorang pengurus pasukan yang dinamik, dengan adanya seseorang penasihat pelaburan yang jitu, ia akan memberikan visi yang betul dan membolehkan pelabur untuk memenangi sesebuah permainan pelaburan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaburan di Standard Chartered Bank (SCB), sila layari https://www.sc.com/my/investments/.