Melabur dalam perniagaan modal kecil lebih baik - Pengarah Pelaburan Ekuiti

Amanda Ho
Januari 17, 2018 15:42 MYT
Walaupun perniagaan modal kecil tidak menunjukkan prestasi yang baik pada tahun lepas, Dale yakin dengan syarikat-syarikat kecil tahun ini - Foto REUTERS
PENGARAH Pelaburan Ekuiti Aberdeen Standard Investments, Dale MacLennan mencadangkan kepada AWANI Review mencadangkan pelabur-pelabur memegang portolio ekuiti seimbang dan untuk memperuntukkan sebahagian pelaburan jangka panjang kepada syarikat-syarikat kecil kerana mereka berpotensi memberi pulangan yang lumayan.
Aberdeen Standard Investments merupakan entiti baharu gabungan Aberdeen Asset Mangement dan Standard Life Investments.
Dale telah berkongsi dengan beberapa pengurus dana, media dan pihak berkepentingan lain tentang kepentingan mempunyai portfolio seimbang dalam ekuiti oleh pelabur.
Walaupun perniagaan modal kecil tidak menunjukkan prestasi yang baik pada tahun lepas, Dale yakin dengan syarikat-syarikat kecil tahun ini.
Itu antara intipati artikel versi Bahasa Inggeris yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul Dale MacLennan of Fund Managers Aberdeen Standard Investments Tips His Hat at Small Caps.
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang analisis Aberdeen Standard Investments tentang perniagaan modal kecil dan strategi pelaburan.
#ABERDEEN ASSET MANAGEMENT #Aberdeen Standard Investments #AWANI Review #Dale Maclennan #ekonomi #pelaburan #perniagaan modal kecil #Standard Life Investments
;