Meituan sahkan tidak berminat ambil alih foodpanda

Amanz
Disember 6, 2023 12:40 MYT
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya. -Gambar fail
DELIVERY Hero sebelum ini telah mengesahkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual operasi perkhidmatan penghantaran makanan foodpanda di rantau ini, termasuk untuk pasaran Malaysia.
Sejak daripadanya, beberapa nama telah timbul menyatakan mungkin mengambil-alih operasi foodpanda.
Antara yang dinamakan adalah Meituan – gergasi perkhidmatan makanan di China.
Namun, kini melalui kenyataan rasmi yang dikongsikan pihak Meituan, mereka menyatakan tidak berminat untuk mengambil alih operasi foodpanda.
Pasaran foodpanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6 peratus pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.
Oleh itu, maka kini tinggal nama Grab yang dikatakan mungkin mengambil alih foodpanda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran tempatan. -Amanz
#FoodPanda #grab #Meituan #Delivery Hero
;