Megat beri ruang kepada pengerusi pertama wanita di Maybank
Bernama
Mac 2, 2017 14:23 MYT
Mac 2, 2017 14:23 MYT
Malayan Banking Bhd, dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, mengumumkan Pengerusinya Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor akan melepaskan jawatan itu pada 31 Mac, 2017.
Beliau dilantik sebagai pengarah dan pengerusi Maybank pada 1 Okt, 2009.
Pada 1 April, 2017, Datuk Mohaiyani Shamsudin akan menjadi pengerusi wanita pertama yang mengetuai lembaga pengarah utama Maybank, syarikat senaraian awam terbesar di Malaysia.
-- BERNAMA