Md Nor lepas jawatan Pengerusi Tabung Haji berkuat kuasa hari ini

Bernama
Oktober 15, 2021 22:28 MYT
Lembaga Tabung Haji mengumumkan Tan Sri Md Nor Yusof melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Tan Sri Md Nor Yusof telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH berkuat kuasa hari ini.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang menjawat jawatan itu, Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula, perkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam kelima.
Menurut TH, jumlah deposit pada 30 Jun lepas ialah RM81.14 bilion, iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan 58 tahun yang lalu, sekali gus mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi daripada pendeposit.
"Para anggota lembaga, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau (Md Nor) yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#Tabung Haji #pengerusi TH #letak jawatan #lepas jawatan
;