MCMC buat keputusan mengenai perjanjian DNB pada 29 Ogos

Bernama
Ogos 27, 2022 16:39 MYT
Annuar berkata MCMC akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma. - Gambar fail
PETALING JAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata perbincangan mengenai perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) berjalan dengan baik dan akan memenuhi tarikh akhir apabila pemeteraian oleh enam syarikat telekomunikasi akan diadakan pada 31 Ogos.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma.
"Saya tahu apa yang akan diputuskan oleh MCMC dan ia baik untuk semua pihak. Saya yakin semua pihak boleh terima," katanya dalam lawatan ke Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre (ACFC) hari ini.
-- BERNAMA
#5G #DNB #Annuar Musa #terma perjanjian
;