MBSB Bank sumbang RM1 juta untuk Tabung Harapan

Bernama
Jun 20, 2018 07:58 MYT
ZAINI: Inilah cara kami untuk menyatakan semangat patriotisme kepada negara ini.
MBSB Bank Berhad pada Rabu menyumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi MBSB Bank Tan Sri Abdul Halim Ali serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zaini Othman kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Putrajaya.
"Inilah cara kami untuk menyatakan semangat patriotisme kepada negara ini. Malaysia adalah rumah kami dan kini, kita perlu bersama-sama menyokong menderma kepada THM," kata Ahmad Zaini dalam kenyataan di sini pada Rabu.
-- BERNAMA
#Abdul Halim Ali #ekonomi #Lim Guan Eng #Malaysia Baharu #Tabung Harapan Malaysia #THM
;