MBNS tidak langgar terma perjanjian, kata tribunal
Bernama
Oktober 13, 2014 22:44 MYT
Oktober 13, 2014 22:44 MYT
Tribunal Timbang tara memutuskan unit milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd, Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), tidak melanggar terma Perjanjian Ketidakdedahan Bersama (MNDA) dengan AV Asia Sdn Bhd.
Astro dalam satu kenyataan hari ini berkata tribunal itu juga menolak tuntutan balas AV Asia sebanyak RM300 juta dan mengarahkan AV Asia membayar kos US$1.05 juta kepada MBNS.
Prosiding timbang tara itu berkaitan dakwaan AV Asia bahawa MBNS telah melanggar terma MNDA bertarikh 1 Ogos, 2008 dalam pembuatan dan pembekalan cakera satelit.