Maybank, Western Union lancar perkhidmatan kiriman wang mudah

Bernama
Disember 21, 2016 14:09 MYT
Dalam satu kenyataan bersama, Maybank dan Western Union berkata perkhidmatan berkenaan akan membolehkan pelanggan Maybank memindahkan wang ke lebih 500,000 lokasi ejen Western Union di lebih 200 negara dan wilayah.
Maybank dan Western Union hari ini melancarkan perkhidmatan kiriman wang digital pertama di Malaysia melalui aplikasi perbankan mudah alih, Maybank2u.
Dalam satu kenyataan bersama, Maybank dan Western Union berkata perkhidmatan berkenaan akan membolehkan pelanggan Maybank memindahkan wang ke lebih 500,000 lokasi ejen Western Union di lebih 200 negara dan wilayah.
"Perkhidmatan pemindahan wang, yang boleh dilakukan 24 jam tujuh hari seminggu termasuk cuti umum, membolehkan pelanggan memindahkan sehingga RM10,000 sehari.
"Penerima boleh menerima wang dengan segera selepas dipindahkan oleh pengirim. Perkhidmatan pengiriman digital ini juga boleh didapati di laman web Maybank2u," katanya. - BERNAMA
#Maybank #Maybank2u #pindahan wang #western union
;