Maybank TTDI ditutup sementara, kakitangan kontak rapat COVID-19

Astro Awani
Mac 3, 2022 14:50 MYT
Sebagai langkah berjaga-jaga, Maybank TTDI terus menutup cawangan ini termasuk Terminal Layan Diri untuk menjalankan proses pembersihan yang rapi serta sanitasi. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Maybank Cawangan Taman Tun Dr Ismail di Lorong Rahim Kajai 14 di sini ditutup untuk satu tempoh ekoran salah seorang kakitangannya dikenal pasti sebagai kontak secara langsung dengan individu positif COVID-19.
Menerusi satu notis, Maybank memaklumkan kontak rapat tersebut berlaku di luar cawangan tersebut.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami terus menutup cawangan ini termasuk Terminal Layan Diri (SST) untuk menjalankan proses pembersihan yang rapi serta sanitasi.
"Cawangan ini akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak manakala SST akan kembali beroperasi pada 4 Mac 2022 setelah menjalani proses sanitasi yang rapi," memetik notis Maybank, di sini, pada Khamis.
Selain menggalakkan transaksi perniagaan secara dalam talian, mereka yang mempunyai urusan boleh ke cawangan berdekatan iaitu di Cawangan Dataran Maybank di Bangsar atau Cawangan Maybank Islamic TTDI.
#COVID-19 #kontak rapat #Maybank #Maybank TTDI tutup
;