Maxis tingkat perkhidmatan 4G tahun hadapan
Bernama
November 19, 2015 20:47 MYT
November 19, 2015 20:47 MYT
Maxis Bhd merancang untuk meningkatkan perkhidmatan 4G Evolusi Jangka Panjang (LTE) di seluruh negara pada akhir tahun depan.
"Permintaan untuk pengalaman Internet yang berkualiti meningkat daripada perniagaan dan pelanggan individu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal kepada pemberita selepas cabaran 24 jam 4G Maxis di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat 2.2 juta orang menikmati melayari Internet dengan tahap 4G Maxis yang berprestasi tinggi, sama dengan Eropah.
"Kami turut melabur lebih RM1 bilion ke atas rangkaian kami pada tahun ini. Ia lebih berbanding orang lain kerana kami mahu memastikan rakyat Malaysia mengalami pengalaman Internet yang mereka mempunyai hak untuk memperolehnya," kata Ketua Pegawai Teknologi Maxis, Morten Bangsgaard.
Bagi meletakkan rangkaian 4G pada ujian tekanan, Maxis menganjurkan cabaran 24 jam 4G Maxis hari ini, dengan 2,400 pekerja melakukan perjalanan di seluruh negara untuk melaksanakan 24,000 interaksi secara keseluruhan dan menguji rangkaian 4G Maxis.
Ketika ini, kira-kira 144 buah bandar di seluruh negara diliputi oleh rangkaian 4G LTE Maxis.
Maxis, penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, memulakan 4G LTE pada awal tahun 2013.