Maxis melancarkan perkhidmatan 4G LTE

Astro Awani
Januari 2, 2013 15:19 MYT
Permulaan tahun baru menyaksikan Maxis menjadi pembekal perkhidmatan telekomunikasi terawal di Malaysia melancarkan perkhidmatan 4G LTE di Malaysia.
Melalui 4G LTE Maxis menawarkan kelajuan internet sehingga 75 mega bit sesaat dengan kelajuan purata sekitar 10 hingga 30 mega bit sesaat.
Sebagai permulaan, pihak Maxis menyediakan akses 4G LTE di beberapa kawasan sahaja, antaranya Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan juga Cyberjaya.
Maxis telah menguji rangkaian 4G LTE selama dua tahun, dan bakal memperluaskan perkhidmatannya dengan lebih meluas pada masa akan datang.
Maxis menawarkan kelajuan antara lima ke 10 kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 3G, dan mereka akan menawarkan peranti dengan sokongan LTE kepada pengguna tidak lama lagi.
#4G LTE #Maxis #perkhidmatan telekomunikasi
;