Matta Fair 2013 tawar perlancongan halal ke Jepun
Astro Awani
Mac 16, 2013 13:09 MYT
Mac 16, 2013 13:09 MYT
Pelancongan halal ke Jepun menjadi salah satu tawaran paling utama pada pameran persatuan ejen-ejen pelancongan dan pengembaraan Matta Fair 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia PWTC bermula Jumaat.
Menurut presiden Matta, Datuk Mohd Khalid Harun ia merupakan kali pertama pakej pelancongan halal ditawarkan oleh negara bukan Islam.
Tambah Khalid, Malaysia yang terkenal dengan kehadiran pelancong Islam dari seluruh dunia telah menarik minat Jepun untuk memperkenalkan pakej berkenaan.
Matta Fair yang berlangsung selama tiga hari itu turut menawarkan pakej percutian dalam dan luar negara pada harga yang rendah.
Antara tarikan lain termasuk tawaran dari syarikat penerbangan Etihad Airways untuk perjalanan pergi balik ke London bernilai 850 ringgit.
Matta Fair kali ini mensasarkan nilai jualan RM90 juta lebih rendah berbanding tahun lepas pada RM120 juta akibat faktor pilihanraya.
Meskipun begitu sambutan dijangka kekal memberangasangkan dipacu pertumbuhan ekonomi.
Penurunan itu diunjur berikutan faktor pilihanraya yang mana pelancong tempatan berhati hati mengatur perancangan percutian.
35 peratus dari 300 peserta pameran turut menyediakan pakej percutian dalam negara.
Majlis perasmian matta dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr Ong Hong Peng mewakili menterinya Datuk Seri Ng Yen Yen.