MAS tawar diskaun sehingga 30 peratus bermula esok

Nursyazwani Saiful Sham
November 13, 2017 16:55 MYT
Nikmati pengalaman penerbangan Hospitaliti Malaysia (MH) yang sebenar dengan tawaran diskaun sehingga 30%. -Astro AWANI/Ibrahim Sani
Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskuan sehingga 30 peratus bagi penerbangan kelas perniagaan dan kelas ekonomi bermula 14 hingga 24 November 2017 melalui laman web malaysiaairlines.com, aplikasi mudah alih dan agensi perlancongan yang terlibat.
Ketua Pegawai Komersial MAS, Arved von zur Muehlen berkata ini adalah peluang keemasan bagi pelancong menikmati tawaran hebat serta merancang perjalanan mereka pada tahun 2018 sempena promosi akhir tahun syarikat penerbangan nasional itu.
"Tempah sekarang dan nikmati pengalaman Hospitaliti Malaysia (MH) yang sebenar pada harga hebat kerana tambang ini tidak dikenakan caj tersembunyi apabila dibeli secara atas talian.
"Pengguna juga akan nikmati berat tambahan 30kg dan 40kg buat penumpang kedua-dua kelas ekonomi dan perniagaan, makanan percuma serta hiburan dalam penerbangan," katanya dalam satu kenyataan.
Nikmati tambang serendah RM889 ke Delhi, RM869 ke Beijing, RM1,079 ke Seoul, RM1,009 ke Perth, RM1,489 ke Sydney dan RM2,559 ke Auckland.
Tempat duduk pesawat utama A350 ke London boleh didapati daripada hanya RM2,899 yang berlepas dari Kuala Lumpur buat kelas ekonomi.
Tambang menarik buat kelas perniagaan juga boleh didapati serendah RM627 ke Medan dan RM1,649 ke Taipei.
Untuk maklumat terkini, sila layari laman web MAS di http://www.malaysiaairlines.com.
#Beijing #Delhi #diskaun #kelas ekonomi #kelas perniagaan #London #MAS #Perth #Seoul #Sydney #tambang murah
;