Malaysia Airlines telah bersiap sedia untuk memulakan perkhidmatan penerbangan harian A380 Kuala Lumpur-Paris-Kuala Lumpurnya bermula 1 Mac dengan tibanya A380 yang kelima di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada Sabtu.
Ibu negara Perancis itu akan menjadi destinasi Eropah yang kedua selepas London dalam rangkaian jarak jauh syarikat penerbangan negara yang akan dikendalikan oleh superjumbo, kata syarikat dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Perkhidmatan harian Airbus 380 (494 tempat duduk) ke Paris ialah untuk menggantikan operasi B777 (282 tempat duduk) pada masa ini, sekali gus akan meningkatkan kapasiti tempat duduk harian sebanyak 75 peratus, berkuat kuasa 1 Mac.
Syarikat penerbangan itu berkata perjalanan kelas ekonomi di A380 kini boleh didapati pada tambang pergi balik merangkumi semua, bermula hanya dari RM3,681.
Sementara itu, promosi tambang pergi balik merangkumi semua untuk Kelas Perniagaan dari Kuala Lumpur ke Paris bermula dari RM15,026 sementara tambang pergi balik Kelas Pertama bermula dari RM31,491.
Setakat ini, perkhidmatan A380 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pengguna untuk kedua-dua sektor Kuala Lumpur-Paris dan Paris-Kuala Lumpur.
Malaysia Airlines juga berkata yang trend tempahan untuk bulan Mac 2013 menunjukkan peningkatan positif sebanyak 87 peratus untuk laluan Kuala Lumpur-Paris dan lonjakan 123 peratus pertumbuhan untuk laluan Paris-Kuala Lumpur berbanding tempahan yang dibuat pada Mac tahun lepas.
Keanggotaannya sebagai sekutu "oneworld" mulai 1 Feb, turut menyumbangkan kepada perkembangan positif ini.
Sementara itu, MASholidays, cabang pengembaraan dan pelancongan kepada Malaysia Airlines, telah menawarkan tiga promosi pakej pengembaraan yang eksklusif dari Malaysia ke Paris bersempena dengan pengoperasian perkhidmatan A380 syarikat penerbangan itu ke Paris.
Dalam pada itu, para pengguna boleh menempah perjalanan mereka di Malaysia Airlines menerusi semua saluran pengedaran, terutamanya www.malaysiaairlines.com, nombor tol percuma 24 jam Malaysia Airlines 1 300 88 3000, MHmobile app, MHBuddy di Facebook Malaysia Airlines, pejabat jualan tiket Malaysia Airlines dan ejen yang dilantik seluruh Malaysia.
Bernama
Sat Feb 23 2013
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Airbus publish promising 20-year forecast figures
Airbus further consolidated its market lead in Asia Pacific in 2017, delivering 367 new aircraft to 50 operators across the region.
UAE siapkan lapangan terbang khas untuk A380
Emeriyah Arab Bersatu, UAE merupakan negara pertama yang mempunyai sebuah lapangan terbang khusus untuk Superjumbo A380.