MAS catat penambahan penumpang
Astro Awani
Disember 31, 2013 12:41 MYT
Disember 31, 2013 12:41 MYT
Penerbangan Malaysia (MAS) mencatat kadar penambahan penumpang sebanyak 32 peratus bagi penerbangan beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Senai Johor.
Penambahan yang direkodkan dari Januari sehingga November 2013 itu turut meningkatkan pendapatan syarikat itu di Johor sebanyak 12 peratus berbanding tahun lalu.