Marang, Arau antara lokasi projek PPR baharu pada 2023

Astro Awani
Oktober 7, 2022 17:13 MYT
Kerajaan memperuntukkan RM367 juta bagi pelaksanaan beberapa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun hadapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM367 juta bagi pelaksanaan beberapa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, jumlah itu termasuk dua projek baharu di Marang, Terengganu dan Arau, Perlis yang akan memberi manfaat kepada 12,400 bakal penghuni baharu.
“Program Rumah Mesra Rakyat pula melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan RM358 juta.
"Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) menyediakan jaminan kerajaan atas pinjaman perumahan terutamanya untuk membantu peminjam tanpa pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing yang telah membantu lebih 14,000 peminjam.
"Bagi membantu sehingga 12,000 peminjam pda 2023, kemudahan jaminan kerajaan melalui SJKP akan ditingkatkan sebanyak RM3 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.
#Bajet 2023 #Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #PPR #Program Perumahan Rakyat
;