Manifestasi kuasa Ford Ranger Raptor generasi baharu
Eton Khir
Oktober 8, 2022 22:43 MYT
Oktober 8, 2022 22:43 MYT
SEPANG: Bagi menghargai pelanggan setianya di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah melancarkan Ranger Raptor generasi baharu dengan pecutan, kuasa dan kemampuannya yang pasti memukau sesiapa sahaja.
Pengarah Urusannya, Turse Zuhair berkata model generasi kedua yang disuntik dengan DNA Ford Performance itu dibangunkan untuk pencinta cabaran 'off road' serta pelanggan yang mahukan teknologi termaju yang ditawarkan untuk sebuah Ranger.
Jelasnya, dengan teknologi lebih pintar mengawal perkakasan generasi baharu yang lebih tangkas, model ini mempertemukan kuasa tinggi dengan ketepatan mekanikal serta teknikal untuk menghasilkan sebuah Ranger termaju.
“Antara ciri terkini yang terdapat pada model itu ialah menggunakan enjin 3.0 liter petrol V6 turbo berkembar baharu yang ditala oleh Ford Performance bagi menawarkan kuasa sehingga 397 pada 5,650 rpm dan 583 Nm tork pada 3,500 rpm.
“Ruang dalaman Ranger Raptor ini turut memanfaatkan kabin digital penuh dengan menampilkan paparan kluster resolusi tinggi 12.4-inci TFT dan skrin sentuh 12-inci di tengah yang menempatkan sistem infotaimen FORD SYNC 4A dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dan sistem bunyi Bang & Olufsen dengan lapan pembesar suara yang memberikan anda sistem bunyi yang sangat memuaskan.
“Di samping itu, ia turut didatangkan dengan penyerap hentak kejutan FOX 2.5 inci Live Valve yang membolehkan prestasi unggul dirasakan baik ketika di atas jalan biasa mahupun 'off-road', beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran model Ford Ranger Raptor di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.
Enjin digandingkan bersama transmisi automatik sepuluh kelajuan Ford yang dipercayai, dengan nisbah gear yang khusus untuk enjin berkenaan dengan hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding model sebelumnya/
Ford Ranger Raptor ditawarkan pada harga RM259,888 atas jalan tanpa insurans.
Untuk maklumat lanjut layari laman web yang tertera, www.sdacford.com.my
*Artikel ini adalah kandungan berbayar