Mampukah OS Windows atasi IOS dan Android pada 2014?

Astro Awani
Januari 2, 2014 08:46 MYT
OS Windows mampu atasi IOS dan Android pada 2014?
Pembina Aplikasi dan Pengarah Urusan Madcat World Sdn Bhd Nuraizah Shamsul Baharin berkata Windows Phone kini mempunyai ruang untuk berkembang.
Antara sebab, katanya, adalah kerana jenama terkemuka seperti HuaWei, LTE dan juga Samsung dijangka menggunakan OS Windows juga.
Nuraizah juga menjangkakan masa depan alatan elektronik mudah alih berdasarkan sejauh mana“satu alat boleh melakukan segala-galanya” dan boleh menggantikan komputer sedia ada.
“Tetapi satu masalah di Malaysia ialah rangkaian 3G masih lembab,” katanya.
Tambah Nuraizah, satu kelemahan Windows Phone untuk Pembina Aplikasi adalah kesukaran untuk membina aplikasi untuk platform tersebut.
“Kebanyakan developer tidak hendak masuk Windows sebab seseorang itu perlu betul-betul hardcore programmer untuk masuk industri itu, tidak seperti IOS dan Android yang boleh guna aplikasi lain,” katanya.
Bagaimanapun, Nuraizah berkata pembinaan aplikasi untuk Windows Phone lebih senang dijual disebabkan tidak ramai pesaing.
#BlackBerry #Nokia #Research in Motion
;