Malindo akan terbang tiga kali seminggu ke Amritsar mulai Oktober

Bernama
September 21, 2015 16:43 MYT
Penerbangan itu akan menawarkan tambang promosi sehala termasuk semua untuk kelas bisnes daripada RM1,309 dan kelas ekonomi daripada RM759.
Syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia, Malindo Air, akan memulakan penerbangan terus tiga kali seminggu dari sini ke ibu negara Punjab, Amritsar, mulai 25 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan lima jam 20 minit itu menggunakan pesawat Boeing 737-900ER dan merupakan destinasi paling jauh syarikat penerbangan itu dari hab utama di KL.
"Penerbangan itu akan menawarkan tambang promosi sehala termasuk semua untuk kelas bisnes daripada RM1,309 dan kelas ekonomi daripada RM759," katanya.
Menurutnya, rakyat Malaysia dan pelawat transit dari Singapura boleh mendapatkan penerbangan ke Amritsar sama ada untuk tujuan perniagaan, percutian atau keagamaan. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) akan berlepas setiap hari pada jam 9.15 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ram Dass Jee (ATQ) pada 12.25 petang.
Penerbangan balik adalah pada 1.15 petang dan akan tiba di klia2 9.35 malam.
#Amritsar #chandran rama muthy #Malindo Air #Punjab
;