Syarikat penerbangan perkhidmatan premium, Malindo Air, menyasar untuk membawa kira-kira 25,000 pelancong Taiwan ke Malaysia menjelang September 2017, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chandran Rama Muthy.
Beliau berkata ketibaan pelancong Taiwan di Malaysia mencecah 450,000 orang tahun lepas, manakala kira-kira 280,000 rakyat Malaysia berkunjung ke Taiwan pada 2015.
"Kita berharap dapat membawa lebih ramai pelancong Taiwan ke Malaysia susulan pelancaran penerbangan harian secara terus antara Kuala Lumpur dan Taipei.
"Ini turut seiring dengan sasaran 30 juta ketibaan pelancong antarabangsa oleh Tourism Malaysia bagi tempoh beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran penerbangan harian Taipei-Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan di sini, hari ini.
Chandran berkata pihaknya berharap untuk mencapai antara 85 dan 90 peratus faktor muatan penumpang bagi laluan Taipei-Kuala Lumpur menjelang akhir 2016.
Berdasarkan tempahan melalui telefon yang diterima Malindo Air bagi November dan Disember 2016, syarikat telah mencatat faktor muatan penumpang sebanyak 70 peratus, katanya.
"Penerbangan hari ini juga hampir ditempah sepenuhnya sekali gus kita melihat potensi besar dalam pasaran ini, dan kami mungkin akan menambah kekerapan penerbangan dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata, laluan baharu itu turut menawarkan pilihan transit lain untuk pelancong Taiwan yang ingin ke Singapura, Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Bangladesh, Perth (Australia) dan Nepal.
Chandran berkata laluan baharu menghubungkan Kota Kinabalu, Sabah dengan Taiwan dijangka dilancar menjelang akhir 2016 atau awal 2017.
Sementara itu, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Datuk Adeline berkata, hubungan antara rakyat berbeza negara itu dapat dipertingkatkan melalui kesalinghubungan udara yang lebih banyak antara Malaysia dan Taiwan.
"Ini sekali gus membantu melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2016
Laluan baharu menghubungkan Kota Kinabalu, Sabah dengan Taiwan dijangka dilancar menjelang akhir 2016 atau awal 2017. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Malindo Air beri amaran mengenai penjualan tiket udara secara haram
Terdapat aduan diterima daripada penumpang tentang individu yang mengutip pembayaran dan kemudiannya melarikan diri.
Malindo Air tawar promosi tambang rendah daripada RM69
Malindo Air menawarkan satu juta tempat duduk dengan promosi tambang rendah bermula daripada RM69, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Subang ke semua rangkaian destinasinya.