Malindo Air rancang ke 12 destinasi baru
Astro Awani
Mac 23, 2013 16:37 MYT
Mac 23, 2013 16:37 MYT
Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid pertama malaysia, merancang penerbangan ke 12 destinasi pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, Malindo Air sedang mengkaji untuk terbang ke India, China dan Indonesia.
“Asean adalah pasaran yang besar dan dilihat semakin berkembang jadi ianya penting untuk menembusi pasaran ini”, kata Chandran.
Tambahnya, kini banyak syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatan di rantau berkenaan dimana ianya didapati semakin bertambah.
Malindo Air hari ini melakukan tiga pelepasan ke Kota Kinabalu dan empat pelepasan ke Kuching.
Syarikat itu kini menggunakan dua pesawat jenis Boeing 737-900 manakala bakal menerima serahan dua lagi pada Jun depan.
Malindo Air juga dilaporkan bakal memiliki sebanyak 12 pesawat lagi menjelang akhir tahun ini
Malindo air dimiliki bersama National Aerospace Defence Industries dari Malaysia dan Lion Air dari Indonesia.