'Malaysia tidak menipu, Trump silap' - Mustapa
Hafiz Marzukhi
November 13, 2017 15:05 MYT
November 13, 2017 15:05 MYT
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini menafikan tuduhan dengan menyatakan statistik perdagangan merekodkan Amerika Syarikat hanya mempunyai defisit perdagangan sebanyak AS$5 bilion dengan Malaysia.
"Sehingga kini, pentadbiran AS belum mengumumkan defisit perdagangannya dan rakan dagangnya," kata Mustapa melalui satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan William Leong Jee Ken (PKR-Selayang) berhubung langkah kerajaan untuk mempertahankan Malaysia daripada dakwaan tersebut.
Beberapa bulan lalu, Trump mendakwa Malaysia merupakan salah sebuah dari 16 negara diklasifikasikan bagaimana perdagangan dinilai dan Malaysia tidak menganggap destinasi transit sebagai negara sumber. Mustapa berkata boleh diguna pakai di antara import dan eksport kedua-dua buat negara yang berkaitan.
Produk elektronik dan elektrik yang dieksport ke AS melalui Singapura turut diklasifikasikan sebagai barangan import dari Malaysia dan tidak Singapura," kata Mustapa.
Negara-negara lain di rantau Asia Tenggara yang turut didakwa Trump termasuk Indonesia, Thailand, Itali, Jepun, Malaysia, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan dan Vietnam.
Portal berita AFP pada Mac melaporkan Tump masih dalam proses untuk mengenal pasti sumber yang melaporkan negara 'Uncle Sam' itu mempunyai defisit perniagan sejumlah AS$50 bilion.
#Amerika Syarikat
#Dewan Rakyat
#Donald Trump
#Malaysia
#Mustapa Mohamed
#perdagangan
#Thailand
#Wilbur Ross
#William Leong Jee Ken