'Malaysia-Singapore Connect' bakal buka ruang untuk pelabur - PM Najib
Hafiz Marzukhi
Februari 6, 2018 11:34 MYT
Februari 6, 2018 11:34 MYT
Satu hubungan dagangan baharu antara Malaysia dan Singapura diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Menurut beliau, 'Malaysia-Singapore Connect' ini akan memberi laluan kepada pelabur dari kedua-dua negara pasaran berjumlah AS$1.2 trilion.
"Aturan kawal selia sedang diusahakan agensi dari kedua-dua buah negara sebelum penubuhan hubungan ini.
"Inisiatif ini bakal merancakkan pasaran dan ekonomi kedua-dua negara," jelas beliau di majlis Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan beberapa langkah lain untuk merancakkan lagi pasaran tempatan.
Ini termasuk pengecualian duti setem untuk saham bagi syarikat bermodal kecil dan syarikat bermodal sederhana yang diniagakan di Bursa Malaysia.
"Pengecualian ini diberikan selama tiga tahun bermula Mac tahun ini," tambahnya.
#ekonomi
#Malaysia
#Malaysia Singapore Connect
#Najib Razak
#Singapore
#WCSM 2018
#World Capital Market Symposium 2018