Malaysia negara terawal terima siri iPhone 16, iPhone 16 Pro – mulai 20 Sept 2024

Amanz
September 10, 2024 13:00 MYT
iPhone 16 ditawarkan pada harga bermula RM3999 di Malaysia, iPhone 16 Plus bermula RM4499, iPhone 16 Pro bermula RM4999 dan iPhone 16 Pro Max bermula RM5999.
DENGAN adanya Apple Store di Malaysia, kini nampaknya Malaysia telah memasuki negara fasa pertama yang menerima produk-produk Apple – termasuk siri iPhone 16 dan iPhone 16 Pro yang diumumkan pada hari ini.
Para pengguna tempatan boleh melakukan tempahan bermula 8 malam 13 September 2024 ini, iaitu pada minggu ini, dan mula menerimanya bermula 20 September 2024 – iaitu minggu hadapan.
Dengan langkah ini, pengguna tempatan tidak lagi perlu bergantung kepada pasaran luar dan terus boleh mendapatkannya dengan pantas di Malaysia.
iPhone 16 ditawarkan pada harga bermula RM3999 di Malaysia, iPhone 16 Plus bermula RM4499, iPhone 16 Pro bermula RM4999 dan iPhone 16 Pro Max bermula RM5999.
#iPhone #Malaysia #Apple #tempahan
;