Malaysia kekal berada di kedudukan ekonomi kukuh dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada antara empat dan lima peratus tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Beliau berkata, pertumbuhan negara secara mampan akan disokong oleh pengunaan domestik yang kukuh, paras rizab luaran yang stabil, inflasi rendah dan dasar monetari yang sesuai.
"Walaupun cabaran ekonomi global menyebabkan persekitaran sukar, kita kekal kukuh dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan produk bearing baharu untuk industri pemprosesan minyak sawit dan pengumuman perluasan kilang oleh SKF Malaysia di sini, hari ini.
Ong berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan terus membantu dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur berkembang.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SKF Group, Alrik Danielson, Pengarah Urusan SKF Malaysia, Anders Fogelberg serta Duta Sweden di Malaysia, Dag Juhlin-Danfelt.
Sementara itu, semasa sidang media, Ong berkata, Malaysia akan menyertai sebanyak mungkin perdagangan bebas untuk membolehkan negara membuka pasaran bukan hanya untuk pelabur tempatan malah pelaburan antarabangsa. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Ong berkata, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia akan terus membantu dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pelabur berkembang. Gambar fail
Kerajaan Sarawak tingkat pegangan enam kali ganda untuk kuasai Affin Bank Berhad
Sarawak kini muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam Affin Bank apabila ia meningkatkan kepentingannya daripada 4.81 peratus sebelum ini kepada 31.25 peratus.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Taufan Helene melanda Florida
Taufan Helene melanda pantai barat negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Ketua UNHCR seru pendekatan baharu krisis Rohingya
Filippo Grandi berkata pelantikan Profesor Yunus sebagai pemimpin baharu Bangladesh telah meningkatkan minat global dalam krisis Rohingya.
Ekspo TVET@KKDW buka ruang kerjasama industri, usahawan
Ekspo ini menawarkan pelbagai bidang pengajian berasaskan TVET dan membuka peluang pekerjaan melalui karnival kerjaya.
Premier harap Affin Bank melihat potensi Borneo
Tan Sri Abang Johari berharap Affin Bank akan sama terlibat dalam membangunkan kemudahan dan kesalinghubungan di kepulauan Borneo menerusi pelaburan di syarikat dan industri strategik.
Sarawak kuasai pegangan terbesar dalam Affin Bank
Pro Naib Canselor, i-CATS University College, Professor Datuk Shazali Abu Mansor berkongsi pandangan mengenai Kerajaan Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd.
Sarawak tidak campur tangan pengurusan Affin Bank
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari un Openg berharap Affin Bank akan terlibat dalam pembangunan di Sarawak pada masa sama menegaskan Kerajaan Sarawak tidak akan campur tangan dalam pengurusan bank berkenaan.
Sarawak kuasai pegangan majoriti Affin Bank
Sarawak memuktamadkan pengambilalihan pegangan majoriti Affin Bank bhd selepas majlis menandatangan Perjanjian Jual Beli dimeterai pada Jumaat di Kuching Sarawak
GISB: Kerajaan jamin siasatan telus, mohon ahli pertubuhan tidak disiasat untuk tampil - PM
Perdana Menteri memohon kepada ahli dan para pendukung GISB dalam dan luar negara yang tidak disiasat untuk menghubungi pihak berkuasa.
Pemimpin negara perlu faham teknologi, dengar nasihat - Tun Dr. Mahathir
Dr Mahathir mendakwa, pemimpin negara yang ada ketika ini tidak fokus pada agenda memajukan negara.
Hasrat Malaysia sertai BRICS satu langkah strategik ekonomi - Duta Brazil
Duta Brazil ke Malaysia, Ary Quintella menangani kebimbangan pemerhati Barat di Malaysia mengenai hasrat negara ini untuk menyertai BRICS.
DBKL akan suburkan industri kreatif bernilai ekonomi dengan bakat tempatan - Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi tumpuan khusus untuk membangunkan platform yang boleh dimanfaatkan oleh artis dan penggiat industri kreatif tempatan.
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - S&P Global Ratings
China dalam pasaran maju tetapi meningkat kepada pasaran sedang pesat membangun.
Kabinet baharu Thailand janji terus reformasi ekonomi, penambahbaikan kesihatan
Paetongtarn Shinawatra berkata kerajaan baharunya akan memberi tumpuan kepada merangsang ekonomi dan memperbaiki penjagaan kesihatan.
Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran da perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial & pelbagai barangan & perkhidmat
Jawatan dalam sektor ekonomi meningkat 1.5 peratus suku kedua 2024
Statistik itu diterbitkan berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
Malaysia perlu terus peranan ‘neutral’ untuk jadi lokasi pelaburan utama - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia bersifat terbuka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara, kata Tengku Zafrul.
China dijangka 'selamatkan' ekonomi global sekali lagi - Penganalisis
Tan berkata, China bakal memperkenalkan dasar agresif bagi memperkukuh ekonominya sejajar perkembangan terkini di negara itu.
Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan
Sejak penubuhannya, TH telah salurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.