Malaysia-EU: Harapan tinggi untuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas
Irfan Faruqi
Mac 13, 2024 02:18 MYT
Mac 13, 2024 02:18 MYT
BERLIN: Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir untuk memulakan rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataan yang dikeluarkan sejurus pertemuan bersama Naib Canselor Jerman, Dr Robert Habeck.
Dalam pertemuan Perdana Menteri bersama Habeck yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Perlindungan Iklim, Anwar turut menggesa EU mengkaji semula Peraturan Nyahhutan yang disifatkan sebagai memaksa perdagangan tanpa tarif.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Malaysia mencadangkan kolaborasi pembangunan kapasiti dan kemahiran ASEAN-Jerman melalui latihan bersama, bengkel dan program mentor.
Malaysia juga membuka pintu penyertaan kepada Jerman dalam usaha peralihan tenaga negara seperti yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), bagi menghasilkan tenaga lebih bersih, perkembangan hijau, laksana strategi nyahkarbon dan pembiayaan hijau.
Anwar bertemu Habeck di acara Zukunftsag Mittelstand atau Hari Masa Depan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) anjuran Pertubuhan Perniagaan Kecil dan Sederhana Jerman (BVMW), sebelum menyampaikan ucaptama di acara tersebut.