Malaysia di landasan tepat capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Astro Awani
Disember 12, 2018 15:12 MYT
Disember 12, 2018 15:12 MYT
Malaysia di landasan tepat untuk menembusi had negara berpendapatan tinggi dan negara maju dalam beberapa tahun akan datang, kata Bank Dunia.
Naib Presiden Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Victoria Kwakwa, berkata asas ekonomi Malaysia amat pelbagai dan berdiri pada asas yang kukuh, sekaligus menjadi pemangkin kepada status negara maju.
“Kami mengalukan usaha kerajaan, sebagai sebahagian proses ini (mencapai kemajuan), untuk mengukuhkan institusi, membangun sumber manusia dan melindungun segala bentuk kerapuhan dalam masyarakat.
“Bank Dunia sentiasa bersedia untuk menyokong Malaysia dalam proses penting ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Kwakwa mengakhiri lawatan rasmi empat hari di Malaysia pada Isnin dengan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Gabenor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus.