Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 - Bekas KP WTO
Bernama
Januari 4, 2018 04:18 MYT
Januari 4, 2018 04:18 MYT
Hasrat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, berdasarkan pelaksanaan strategi jangka panjang negara, boleh dicapai, kata bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Pascal Lamy.
Beliau berkata ia juga berasaskan dasar politik, ekonomi, pendidikan dan sistem sosial yang menghadapi cabaran pembangunan.
"Perdagangan juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan ekonomi. Semakin anda pakar dalam apa yang anda lakukan, lebih baik daripada yang lain, semakin banyak pertumbuhan ekonomi anda.
"(Keperluan negara) untuk memberi tumpuan kepada perdagangan di rantau ini dan pasaran baru seperti pasaran Eropah, yang merupakan sebab mengapa perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah telah menjadi agenda untuk beberapa waktu," katanya pada taklimat media selepas menyampaikan ceramah tentang "Kepentingan Perdagangan Global Dalam Zaman Peningkatan Perlindungan" di sini pada Khamis.
Lamy berkata negara perlu meningkatkan kemahiran tenaga kerja melalui pendidikan untuk mengembangkan ekonomi dengan pantas.
Mengenai menangani ketidaksamaan, beliau berkata kerajaan perlu menangani secara beransur-ansur jaringan keselamatan sosial yang besar dan mengurangkan rasa tidak selamat.
"Menangani ketidaksamaan adalah masalah rumit yang ada kalanya memerlukan sebahagian besar sumber awam," katanya.
Oleh itu, menurut Lamy, pembangunan ekonomi perlu memberi tumpuan kepada memperluaskan sistem kebajikan negara.
Bagaimanapun, beliau berkata tidak sepatutnya ada sistem kebajikan yang serupa dengan negara-negara lain yang mempunyai cukai yang lebih tinggi dan mampu menyediakan sistem kebajikan yang lebih baik.
-- BERNAMA
#ekonomi
#Kesatuan Eropah
#negara berpendapatan tinggi
#Pascal Lamy
#Pertubuhan Perdagangan Dunia
#strategi jangka panjang negara
#tenaga kerja
#WTO