NEW DELHI: Malaysia berhasrat menggalakkan lebih banyak penyertaan dari Pakistan menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), iaitu satu inisiatif Malaysia bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran pembangunannya dengan negara membangun yang lain.
Penglibatan lebih ramai pegawai Pakistan dalam program itu bukan sahaja akan meningkatkan hubungan dua hala, tetapi ia juga akan membantu dalam pembangunan kerjaya mereka, kata pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Deddy Faisal Ahmad Salleh menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di Islamabad pada Khamis.
Seramai 92 alumni MTCP dari Pakistan menghadiri majlis resepsi anjuran utusan itu dan isterinya Noor Emilia Alias di Islamabad.
Antara tetamu yang hadir termasuk bekas diplomat Pakistan yang sebelum ini ditempatkan di Kuala Lumpur, termasuk Leftenan Jeneral (Bersara) Tahir Mahmood Qazi.
Deddy Faisal dalam ucapannya berkata MTCP mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kerjasama Selatan-Selatan dan menyumbang untuk membina hubungan yang lebih erat dengan negara lain.
Beliau berkata hubungan ekonomi Malaysia-Pakistan telah berkembang dengan ketara.
Aktiviti perdagangan dua hala pada 2021 meningkat 36.3 peratus kepada US$1.9 bilion, katanya.
Eksport minyak sawit dan produk berkaitan Malaysia merangkumi 51.9 peratus daripada jumlah dagangan, kata utusan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
MTCP adalah inisiatif Malaysia bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran pembangunannya dengan negara membangun yang lain.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Lawatan Raja Salman perkukuhkan persaudaraan dua negara - PM Najib
Lawatan Raja Salman Abdulaziz ke Malaysia mengukuhkan lagi perkongsian dan hubungan persaudaraan yang dijalinkan kedua-dua negara.
Hal ehwal haji agenda utama lawatan Raja Salman ke Malaysia
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi akan melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 26 Feb hingga 1 Mac.