Malaysia berharap ASEAN manfaatkan visi bersama untuk pertumbuhan ekonomi - PM Anwar

Bernama
September 20, 2024 22:50 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-140 HSBC Bank Malaysia di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berharap ASEAN akan menerapkan visi bersama yang menumpukan kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan, dan kerjasama dalam kalangan negara jiran bagi memastikan rantau ini kekal rancak.
Beliau berkata ASEAN adalah antara subrantau paling aman di peringkat global dan ekonomi yang berdaya tahan.
"Persediaan Malaysia untuk memegang jawatan pengerusi ASEAN tiba pada titik perubahan bagi pertumbuhan dan peluang.
"Kami akan memegang tanggungjawab besar untuk menilai semula Visi Komuniti ASEAN 2025 dan menetapkan aspirasi untuk 10 tahun akan datang," katanya dalam ucap tama pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-140 HSBC Malaysia di sini malam ini.
-- BERNAMA
#pertumbuhan ekonomi #ASEAN #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #pelaburan
;