Malaysia bakal jadi tumpuan pelancong ekoran penyusutan nilai ringgit
Astro Awani
Januari 7, 2015 17:24 MYT
Januari 7, 2015 17:24 MYT
Malaysia bakal menjadi destinasi pelancongan yang kompetitif dengan penurunan matawang ringgit berbanding dengan US dollar.
Kos melancong ke Malaysia yang murah memberi peluang keemasan bagi pelancong untuk melawat negara ini buat masa ini.
Menurut Presiden Persatuan Agen Pengembaraan dan Pelancongan (MATTA), Hamzah Rahmat buat masa ini, tarikan untuk pelancong dari negara China melawat Malaysia atas cadangan pengecualian sementara visa untuk rakyat dari negara tersebut. Pihak MATTA turut menyeru cadangan untuk memberi pengecualian ini.
"Perkara ini berlaku kerana matawang Yuan lebih kukuh berbanding dengan ringgit dan ini memberi rakyat China kuasa membeli lebih besar."
Pengecualian sementara cukai tertentu sudah dilakukan negara jiran seperti Indonesia, katanya.
"Saya rasa Parlimen perlu pertimbangkan perkara ini sekarang kerana Yuan lebih kukuh berbanding Ringgit.
Beliau turut berkata bagi agensi pelancongan tempatan yang menawarkan destinasi luar negara dijangka berdepan kesukaran akibat kelemahan ringgit.
Justeru, beliau berkata kebanyakan agensi pelancongan menaikkan harga mengikut kadar tukaran asing semasa untuk mewujudkan penimbal sekiranya kelemahan ringgit berterusan.