Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kepada Malaysia untuk bangkit kembali sebagai 'Harimau Asia'.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perubahan struktur seumpama itu akan memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan pasaran modal dan sektor kewangan dan juga akan mentransformasikan Malaysia daripada kleptokrasi global kepada demokrasi yang berasaskan peraturan.
Beliau berkata, hanya kerajaan yang berasaskan peraturan menumpukan kepada pembaharuan institusi, pertumbuhan ekonomi mampan dan kesejahteraan ekonomi rakyat boleh menyediakan kejelasan, kepastian dan keyakinan, yang diperlukan bagi persekitaran perniagaan yang kondusif yang boleh memupuk keyakinan dalam kalangan orang ramai dan pelabur.
"(Terutamanya) objektif meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat hanya akan bermakna jika kuasa beli rakyat dapat ditingkatkan dan beban kos sara hidup dapat dibendung," katanya dalam laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, disini, hari ini.
Inisiatif utama berpaksikan rakyat yang telah diambil bagi mencapai matlamat tersebut adalah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar pada Jun higgga Ogos 2018 dan kemudiannya dimansuhkan pada Sept 1 sebelum digantikan dengan dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang kurang membebankan.
"Walaupun hasil kerajaan Persekutuan akan berkurangan sebanyak RM17 billion pada 2018, namun langkah tersebut telah membantu mengurangkan beban cukai, mengawal kenaikan harga serta meningkatkan kuasa beli rakyat.
"Bagi mengoptimumkan perbelanjaan dan sumber awam, Kerajaan telah menyusun semula semua kementerian dan agensi. Pentadbiran Kerajaan juga akan ditadbir berdasarkan kepada prinsip kecekapan, akauntabiliti, dan ketelusan bagi melindungi kepentingan negara dan memastikan masa depan sektor awam bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah," katanya.
Menurut Guan Eng, inisiatif ini serta pelbagai pembaharuan institusi seperti pengasingan peranan antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap kerajaan.
Pada peringkat global, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjur Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global berkembang 3.7 peratus pada 2018 dan 2019 meskipun berhadapan pelbagai cabaran akibat daripada perang perdagangan, harga komoditi yang turun naik, ketidaktentuan pasaran kewangan dan ketegangan geopolitik.
Beliau berkata, walaupun berhadapan dengan situasi perang perdagangan, Malaysia perlu meletakkan negara sebagai destinasi pelaburan yang selamat bagi syarikat asing seiring dengan pendirian ASEAN sebagai kawasan aman, bebas dan berkecuali.
"Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.9 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Pertumbuhan ini adalah lebih tinggi berbanding jangkaan 4.8 peratus pada 2018," kata Lim.
Malaysia, katanya, akan terus mengamalkan dasar perdagangan dan pelaburan terbuka bagi mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi, menarik pelaburan strategik, mewujudkan pekerjaan mahir di samping meraih peluang daripada Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0).
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
![Malaysia bakal bangkit kembali sebagai Harimau Asia - Guan Eng Malaysia bakal bangkit kembali sebagai Harimau Asia - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435190685_KLSKYLINE.jpg)
Kerajaan meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat, memulihkan kekuatan fiskal dan melaksanakan pelbagai pembaharuan institusi bagi menambah baik ketelusan dan akauntabiliti yang penting kepada Malaysia untuk bangkit kembali sebagai 'Harimau Asia'.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41553232597_PTPTN.jpg)
Majikan dapat pelepasan cukai bantu bayar PTPTN pekerja
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata jumlah itu memanfaatkan 30 peminjam PTPTN malah majikan berkenaan telah diberikan insentif iaitu pelepasan cukai oleh kerajaan.
![Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41569671888_LimGuanEng.jpg)
Tiada lanjutan program PKPS - Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ini kerana tiada tempoh lanjutan akan dibuat selepas tempoh PKPS yang akan berakhir esok.
![Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565069044_TBGENERICTINCAN.jpg)
Cukai minuman bergula wajar demi kesihatan
Sesuatu yang manis tidak akan jadi nikmat selama-selamanya dan itulah yang berlaku kepada Hadi apabila selera negatifnya itu akhirnya membawa padah setelah disahkan menghidap penyakit diabetes.
![Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553761151_TBKUCHINGKETUAMENTE.jpg)
Abang Johari sangkal Sarawak muflis dalam tempoh tiga tahun lagi
Dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
![Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/51551937095_LIMGUANENG.jpg)
Teknologi elemen penting dalam perkembangan ekonomi - Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menyediakan dana bantuan seperti terkandung dalan Belanjawan 2019.
![RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81538010793_menterikesihatan.jpg)
RM16 juta bagi rawatan penyakit yang jarang berlaku - Dr Dzulkefly
Kerajaan memperuntukkan RM16 juta di bawah Belanjawan 2019 bagi rawatan pesakit yang menghidap penyakit yang jarang berlaku.
![Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41551308038_HARIMAU.jpg)
Tiada keperluan mendadak untuk semak semula Belanjawan - Dr Mahathir
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata ini juga berikutan faktor turun naik harga minyak berkenaan.
![Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81549412817_MaszleeMalik.jpg)
Maszlee mohon peruntukan tambahan untuk SK dan sekolah agama
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata perkara itu masih dalam pertimbangan Kementerian Kewangan.
![Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548115213_PWAYTHAMOORTHY.jpg)
Masyarakat India lebih diberikan perhatian di bawah kerajaan PH - Waytha Moorthy
Katanya, nasib masyarakat India di negara ini kini lebih diberikan perhatian di bawah pentadbiran kerajaan PH melalui pelbagai usaha menangani masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
![Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547787713_LIMGUANENG.jpg)
Tiga bank sah dilantik pengatur utama bon Samurai
Pelantikan ini dibuat setelah Kementerian Kewangan menyenarai pendek enam daripada 27 bank yang dicadangkan sehingga 2 November, 2018, kata Lim Guan Eng.