Malaysia Airlines tambah Federal Hotel International dalam program Enrich

Bernama
September 10, 2015 08:18 MYT
Penambahan FHI di dalam program Enrich menambah manfaat kepada anggota Enrich apabila mereka menginap di FHI Hotels.
Enrich, program kesetiaan Malaysia Airlines, menyambut rakan hotel terbaharunya, Federal Hotels International (FHI) Group of hotels, untuk memberi ruang kepada anggota Enrich syarikat penerbangan itu mengutip mata perbatuan.
"Usaha sama ini membolehkan kami untuk menambah manfaat perbantuan kepada anggota Enrich apabila mereka menginap di FHI Hotels," kata Ketua Program Enrich & Kesetiaan Malaysia Airlines Khairul Nisa Ismail.
Anggota Enrich boleh menebus perbantuan Enrich masing-masing. Mereka boleh melayari www.enrich.malaysiaairlines.com, menghubungi Pusat Panggilan 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 atau mengunjungi mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines.
#Enrich #Federal Hotel International #Malaysia Airlines