Malaysia Airlines pindah operasi di Lapangan Terbang Soekarno Hatta mulai 9 April
Bernama
Mac 28, 2018 18:06 MYT
Mac 28, 2018 18:06 MYT
Malaysia Airlines akan memindahkan operasinya daripada Terminal 2 ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bermula 9 April, 2018.
Pengurus Besar Eksekutif, M Suriawan Wakan berkata lapangan terbang berkenaan menyokong perpindahan itu dan meminta penumpang untuk memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket sewaktu hendak berlepas.
"Kepada penumpang, sila pastikan terminal dan pintu untuk berlepas begitu juga maklumat yang dihebahkan di lapangan terbang," katanya.
Menurut agensi berita Antara, syarikat penerbangan yang sudah beroperasi di Terminal 3 adalah Garuda Indonesia, Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines, Korean Airlines, Xiamen Air, China Airlines, China Southern, Korean Air dan AirAsia.
Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta direka bentuk sebagai lapangan terbang transit terbesar di Asia Tenggara.
Lapangan terbang berkenaan mendigitalkan beberapa operasinya seperti tempat meletak kenderaan elektronik, sistem pengurusan orang ramai, Wi-Fi percuma, mesin daftar masuk, papan maklumat digital, e-kiosks dan pintu imigresen berautomasi.
Selain kemudahan itu, Terminal 3 dihubungkan dengan Terminal 2 melalui sky train.
#Indonesia
#Jakarta
#Lapangan Terbang Antarabangsa
#Malaysia Airlines
#penerbangan
#penerbangan Malaysia
#sky train
#Soekarno-Hatta
#Suriawan Wakan
#Terminal 3