Malaysia Airlines perkukuh kehadiran di ASTINDO Travel Fair 2025, tawar diskaun sehingga 30 peratus

Amzar Alif
Februari 24, 2025 14:00 MYT
Malaysia Airlines memperkenalkan promosi eksklusif kepada peminat Manchester United melalui laman web dan aplikasi rasminya. - Gambar MAG
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memperkukuh kehadirannya di pasaran Indonesia dengan menyertai ASTINDO Travel Fair 2025 sebagai Preferred Airline, menawarkan pengalaman perjalanan bertaraf dunia dan promosi tambang eksklusif.
Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail berkata, Indonesia merupakan pasaran penting bagi Malaysia Airlines dan syarikat komited untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lancar serta mengutamakan Malaysian Hospitality.
“ASTINDO Travel Fair 2025 adalah platform terbaik untuk kami mempamerkan bukan sahaja destinasi menarik tetapi juga keselesaan penerbangan bertaraf premium. Kami mahu memastikan setiap perjalanan bersama Malaysia Airlines meninggalkan kenangan indah bagi setiap penumpang,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Malaysia Airlines menawarkan potongan tambang istimewa sehingga 30 peratus untuk destinasi pilihan seperti Kuala Lumpur (KUL), Bangkok (BKK), Seoul (ICN), Osaka (KIX), dan Paris (CDG).
Promosi ini boleh ditempah melalui laman web dan aplikasi rasmi syarikat dari 17 Februari hingga 2 Mac dan tempoh perjalanan bagi tawaran ini adalah dari 20 Februari hingga 30 November 2025.
Sementara itu, Presiden ASTINDO, Pauline Suharno menyambut baik penyertaan Malaysia Airlines sebagai rakan kongsi utama pameran, menyatakan bahawa kerjasama ini memberikan lebih banyak pilihan perjalanan berkualiti kepada rakyat Indonesia.
“Kami sangat teruja menerima kehadiran Malaysia Airlines sebagai Preferred Airline di ASTINDO Travel Fair 2025 kerana mereka menawarkan tawaran perjalanan yang luar biasa serta pengalaman premium kepada para pelancong Indonesia.
“Kerjasama ini mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan pilihan perjalanan terbaik, dengan sambungan yang lancar dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Selain itu, Malaysia Airlines turut memperkenalkan promosi eksklusif kepada peminat Manchester United melalui laman web dan aplikasi rasminya.
Pelanggan yang membeli tiket berpeluang memenangi tiket perlawanan di Old Trafford, jersi ditandatangani, serta pelbagai barangan eksklusif dari kelab bola sepak terkenal tersebut.
Bagi yang berminat untuk merasai keistimewaan Malaysian Hospitality, boleh melayari www.malaysiaairlines.com untuk menempah perjalanan dan menyertai pengalaman penerbangan yang tiada bandingannya.
#ASTINDO Travel Fair 2025 #Malaysia Airlines #diskaun tambang #pelacongan #Datuk Kapten Izham Ismail
;