Makmal Sindikasi dilancar bagi lahirkan syarikat Bumiputera yang lebih kompetitif
Astro Awani
April 3, 2017 20:46 MYT
April 3, 2017 20:46 MYT
Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera dilancarkan hari ini bagi menilai semula pelaksanaan inisiatif dan program di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
Pelancarannya yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bertujuan membincangkan dasar kerajaan dalam menentukan syarikat-syarikat Bumiputera dan bukan Bumiputera yang mendapat konsesi atau pembiayaan kerajaan.
Ia juga bagi menentukan sebahagian projek diagihkan kepada Bumiputera dan agihan dibuat secara telus berasaskan merit.
Selain itu ia turut mensasarkan bagi menangani isu-isu modal insan, pekerjaan dan pendapatan, keusahawanan, ekuiti korporat dan pemilikan aset bukan kewangan.
Perbincangan mengenai beberapa strategi dan pendekatan yang lebih komprehensif juga mampu direalisasikan menerusi makmal tersebut.
Malah ia dilihat mampu meluaskan lagi skop kementerian kepada bukan sahaja memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tetapi juga meningkatkan penyertaan bumiputra dalam inisiatif kementerian berasaskan prinsip-prinsip BETR 2.0.
#Bumiputera
#Makmal Sindikasi Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera
#Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi