MAHB nafi laporan perselisihan berkaitan Lapangan Terbang Subang

Najib Aroff
Oktober 18, 2021 22:40 MYT
Artikel itu mendakwa pihak pengurusan MAHB dipercayai saling berselisih tentang masa hadapan lapangan terbang Subang. - Foto fail
Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings berhad menafikan dakwaan yang dibuat dalam satu artikel bertajuk “MAHB Spat: Zambry and Shukrie at loggerheads over Subang Airport” yang ditulis di portal berita perniagaan DagangNews.com pada 18 Oktober 2021.
“Kami menafikan tudahan yang dibuat oleh artikel tersebut.
“Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Malaysia Airports kekal bersatu untuk mengekalkan Lapangan Terbang Subang dalam rangkaian lapangan terbang Kumpulan.
“Ini konsisten dengan semua kenyataan rasmi yang sudah dikeluarkan berkaitan isu ini,
“Kami mahu mengingatkan semua pengamal media untuk mengamalkan laporan bertanggungjawab dan tidak membuat kenyataan tidak tepat dan mencalar reputasi syarikat serta pengurusan,” kata MAHB dalam satu kenyataan.
Artikel itu mendakwa pihak pengurusan MAHB dipercayai saling berselisih tentang masa hadapan lapangan terbang Subang.
#MAHB #Subang airport #lapangan terbang Subang #Penafian
;