KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yakin bahawa ia mampu menangani kejutan seperti COVID-19 dengan aliran tunai yang kukuh.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata pengendali lapangan terbang itu telah berjaya memperoleh kemudahan kredit pusingan bernilai lebih daripada RM1.35 bilion dari lima bank.
Ia juga memiliki sukuk bernilai RM1.8 bilion yang belum dipakai termasuk wang tunai antara RM1.3 bilion hingga RM1.4 bilion, katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan MAHB ke-22 pada Isnin.
Secara keseluruhan, opsyen kewangan ini akan membolehkan MAHB mengekalkan operasinya selama 12 hingga 15 bulan akan datang.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom menjelaskan sudah ada tanda-tanda bahawa pemulihan pasaran akan bermula pada 2022, dengan pemulihan sepenuhnya dijangka akan dicapai menjelang 2023.
"Ini bermakna kira-kira 12-15 bulan lagi dan jika kami mampu mengatasinya, dalam erti kata lain, keadaan hutang adalah 'okay' memandangkan penggunaan tunai akan terus berkurangan dan dengan peningkatan trafik penumpang susulan pelonggaran perjalanan, penggunaan tunai akan terus menurun lebih jauh lagi kepada lebih kurang RM40 juta.
"Oleh itu, walaupun dalam jangka masa 10 bulan, dengan andaian kedudukan semasa tidak berubah, kami melihat kepada kira-kira RM500 juta perbelanjaan tunai, namun kemudahan kredit kami adalah jauh melebihi jumlah tunai terkumpul tetapi tentu saja, kami berharap keadaan akan semakin baik dan pulih lebih daripada apa yang kami jangkakan.
"MAHB sebenarnya berada dalam keadaan selesa untuk 10-12 bulan akan datang dengan kredit yang kami ada," kata Mohamed Rastam.
Tahun kewangan 2022 MAHB dijangka lebih baik berbanding dengan tahun kewangan 2021 tetapi bergantung dengan seberapa cepat sempadan antara negeri akan dibuka.
Kumpulan itu ketika bercakap mengenai suku keempat tahun kewangan 2021 berharap kerugiannya dapat dikurangkan.
"Pada suku pertama, kedua dan ketiga, sekatan pergerakan masih ketat dan kami tidak mempunyai perjalanan antara negeri.
"Bagi suku keempat, harap-harap dengan pembukaan Langkawi dan tentunya perbatasan antara negari lain, kami akan dapat melihat sedikit momentum daripada segi trafik penumpang yang seterusnya, akan mengurangkan kerugian MAHB. Itulah sebabnya kami agak optimis dengan suku ini," katanya.
Kumpulan mencatat kerugian bersih berjumlah RM1.11 bilion pada tahun kewangan 2020 berbanding keuntungan bersih sebanyak RM537.04 juta pada tahun sebelumnya.
Pendapatan menyusut kepada RM1.87 bilion daripada RM5.21 bilion yang dicatatkan sebelumnya kerana kesan global pandemik COVID-19 dan sekatan pergerakan yang berpanjangan di Malaysia termasuk di negara-negara lain.
Pengerusi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata MAHB berharap agar kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membuka perjalanan antara ASEAN dan sektor antarabangsa yang lain bagi membolehkan lebih banyak orang menggunakan pengangkutan udara, bergantung kepada keadaan COVID-19.
"Kalau kerajaan melonggarkan dasar perjalanannya lagi, kami mungkin akan melihat aliran kenaikan pergerakan penumpang," katanya.
MAHB juga merancang untuk terlibat secara langsung dalam sektor kargo dan kini sedang berunding dengan rakan kongsi yang berpotensi.
Pada masa ini, terdapat tiga peneraju dalam industri berkenaan iaitu Post Aviation, GTR (Ground Team Red) dan Malaysia Airlines Bhd (MasKargo).
MAHB menjangkakan jumlah kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan meningkat dua kali ganda kepada 1.4 juta tan menjelang 2029 daripada 700,000 tan sekarang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yakin bahawa ia mampu menangani kejutan seperti COVID-19 dengan aliran tunai yang kukuh.
Sultan Selangor dukacita masih ada umat Islam terperangkap maklumat salah
Baginda bertitah umat Islam dilihat semakin mudah terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat dan menyeleweng.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
ADIA akan main peranan penting dalam transformasi MAHB - Tengku Zafrul
Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) akan memainkan peranan penting dalam transformasi dan pelaksanaan penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).