KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang bulanan bagi kumpulan lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki melebihi lima juta buat kali pertama bagi 2021, pada Disember.
Dalam kenyataan pada Isnin, MAHB menjelaskan mereka mencatatkan 5.35 juta pergerakan penumpang, dengan operasi Malaysia menyumbang 3.11 juta atau 58 peratus dan ISG menyumbang 2.23 juta atau 42 peratus.
"Bagi Malaysia, pertumbuhan itu dipacu terutama oleh trafik domestik yang mencatatkan 2.8 juta penumpang, peningkatan 30 peratus daripada 2.16 juta penumpang pada November, susulan musim cuti hujung tahun yang panjang," menurutnya.
Pengendali lapangan terbang itu menambah, pergerakan penumpang antarabangsa juga mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan daripada November, sebanyak 114 peratus, kepada 320,371 pergerakan pada Disember, jelasnya.
Kenaikan tersebut didorong terutama oleh penyambungan perjalanan umrah selain pelaksanaan program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura, menurutnya.
Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, permintaan yang dijana oleh program VTL, seperti yang dibuktikan apabila semua tiket penerbangan yang tersedia telah habis dijual, sekali gus menunjukkan program sedemikian akan menjadi pemangkin kepada pemulihan perjalanan udara.
Beliau berkata pihaknya mendapati permintaan yang sama dicatatkan daripada penyambungan perjalanan umrah sejak Oktober.
"Prestasi trafik Disember 2021 kami sudah berada pada 41.6 peratus daripada tahap sebelum COVID-19.
"Peranan kami sebagai pengendali lapangan terbang adalah memastikan kami memudahkan semua SOP (prosedur operasi standard) dan proses tambahan yang diperlukan untuk perjalanan tersebut," katanya dalam kenyataan yang sama.
MAHB sentiasa berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); Kementerian Kesihatan (KKM); Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Jabatan Imigresen bagi operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menambah baik pengalaman penumpang, katanya.
Sementara itu, seiring dengan pertumbuhan pergerakan penumpang di Malaysia, MAHB merekodkan 40,147 pergerakan pesawat pada Disember 2021, meningkat 21 peratus daripada November.
Ia menambah, penerbangan antarabangsa juga meningkat sebanyak 15 peratus kepada 6,582 penerbangan pada Disember daripada 5,732 penerbangan pada bulan sebelumnya.
Bagi ISG, ia terus merekodkan jumlah pergerakan penumpang yang konsisten melebihi dua juta sejak Jun 2021, dipacu oleh kadar vaksinasi negara itu yang tinggi dan penarikan balik perintah sekatan perjalanan antara negeri.
ISG mencatatkan 2.5 juta pergerakan penumppang pada bulan lepas, jelas MAHB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022

MAHB catat 5.35 juta pergerakan penumpang, dengan operasi Malaysia menyumbang 3.11 juta atau 58% dan ISG menyumbang 2.23 juta atau 42%.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.