MAHB catat peningkatan 2.4 peratus pergerakan penumpang pada Februari

Bernama
Mac 10, 2017 22:07 MYT
MAHB berkata trafik penumpang antarabangsa mencatatkan pertumbuhan 6.4 peratus kepada 4.32 juta penumpang pada Februari, manakala trafik domestik susut 0.7 peratus kepada 5.02 juta. - Gambar fail
Lapangan terbang di bawah kelolaan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) mencatat 9.3 juta pergerakan penumpang bagi Februari 2017 atau peningkatan 2.4 peratus berbanding 9.12 juta yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, MAHB berkata trafik penumpang antarabangsa mencatatkan pertumbuhan 6.4 peratus kepada 4.32 juta penumpang pada Februari, manakala trafik domestik susut 0.7 peratus kepada 5.02 juta.
Ia berkata pertumbuhan dua angka terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berterusan dengan peningkatan 28.3 peratus berbanding Februari 2016.
"Pergerakan pesawat secara keseluruhannya susut 1.4 peratus manakala pegerakan antarabangsa mencatatkan peningkatan 0.3 peratus manakala pergerakan domestik merosot 2.3 peratus.
"Purata faktor beban bagi Februari meningkat 75.5 peratus, yang menunjukkan permintaan baharu dan berterusan bagi perjalanan udara.
"Ini menunjukkan unjuran permintaan positif pada masa hadapan," katanya. -- Bernama
#2016 #Kuala Lumpur #MAHB #pesawat
;