MaGIC masih kekal beroperasi - CEO
Astro Awani
Mei 23, 2018 22:46 MYT
Mei 23, 2018 22:46 MYT
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) memaklumkan, agensi itu masih kekal beroperasi seperti biasa.
Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata, perniagaan mereka berjalan seperti biasa dan mereka tetap komited dalam usaha untuk membantu golongan usahawan.
"Saya tahu anda mungkin telah baca banyak cerita mengenai MaGIC dibubarkan, namun berdasarkan komunikasi kami dengan pihak berkepentingan, pada masa ini operasi kami masih berjalan seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan pembubaraan beberapa agensi dan institusi berkaitan kerajaan bagi tujuan mengurangkan perbelanjaan negara.
Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Majlis Profesor Negara (MPN).