Madani Coffee sasar jualan RM500,000 pada tahun pertama

Astro Awani
Mac 21, 2023 11:30 MYT
Shafiq Shaheen dan isteri, Syida Melvin sama-sama mengusahakan perniagaan Madani Coffee, produk kopi 3 in 1 berperisa Caramel Macchiato. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Madani Coffee, produk kopi 3 in 1 berperisa Caramel Macchiato yang baru sahaja memasuki pasaran minggu lalu menyasarkan jualan sebanyak 100,000 paket kopi bersamaan dengan hasil jualan hampir mencecah RM500,000 pada tahun pertama.
Pengasas syarikat, Shafiq Shaheen berkata, meskipun jenamanya masih baru pihaknya yakin dengan kualiti dan khasiat diberikan, Madani Coffee mampu bersaing dengan jenama kopi yang lain.
“Madani Coffee minuman berperisa caramel macchiato yang sesuai untuk seisi keluarga terutamanya pada bulan Ramadan kerana mengandungi khasiat seperti habbatussauda , garam himalaya , gula ‘zero’ kalorie sukralosa(E955) , susu skim (rendah lemak), frukto oligosakarida (FOS), fiber, dan menggunakan biji kopi premium 100% arabika sebagai bahan utama.
“Jadi, minuman ini sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan dan bagus untuk kelancaran darah dan usus kerana mengandungi ‘zero’ calorie gula dan probiotik. Satu lagi keunikan kopi ini adalah garam himalaya yang terkenal dengan khasiatnya seperti mengimbangkan PH dalam badan, tetapi jangan bimbang kopi ini tidak masin,” jelas Shafiq Shaheen.
Tambah Shafiq Shaheen, pihaknya memilih untuk mengeluarkan produk kopi kerana minuman itu merupakan kegemaran rakyat Malaysia, selain dia sendiri merupakan seorang penggemar kopi.
“Saya sukakan kopi dan minum hampir setiap hari. Justeru, saya mengeluarkan produk minuman dengan rasa kopi premium tetapi pada harga mampu milik iaitu hanya RM49 sepeket,” ujar Shafiq Shaheen.
Dalam masa sama, Shafiq Shaheen yang juga anak kepada ‘Iron Lady’ Allahyarham Datuk Maznah Hamid mahu membantu orang ramai menjana pendapatan dengan membuka peluang untuk mereka menjadi stokis ataupun ejen Madani Coffee.
“Jadi, sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan boleh menjadi ejen atau stokis kami dengan modal yang
sangat rendah,” kata Shafiq Shaheen yang menjalankan perniagaan bersama isteri, Syida Melvin.
Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke halaman Facebook Madani Coffee HQ.
#Madani Coffee #kopi 3 in 1 #biji kopi premium #Shafiq Shaheen
;