Loji tenaga solar Hanwha Energy mulakan operasi di Perlis
Astro Awani
Disember 15, 2020 11:25 MYT
Disember 15, 2020 11:25 MYT
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah berusaha keras menarik lebih banyak pelaburan strategik dari seluruh dunia.
Pelaburan memerlukan masa yang panjang kerana ia melibatkan sejumlah besar modal, kata MIDA dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Isnin, Hanwha Energy Corp mengumumkan, loji janakuasa tenaga solar 48-megawatt di Malaysia sudah mula beroperasi dan memulakan pengeluaran komersial.
Pada 2018, pasukan MIDA diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Azman Mahmud telah berkunjung ke ibu pejabat Hanwha Energy di Seoul dalam usaha menarik pelaburan dari negara itu.
Pada 2017, syarikat tenaga boleh baharu Korea Selatan itu menerima surat lantikan projek bernilai US$40 juta daripada syarikat utiliti milik kerajaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina loji itu di Perlis.
Di bawah projek itu, Hanwha Energy bakal menyediakan sekitar 65,000 megawatt jam tenaga elektrik, cukup untuk kegunaan 15,000 isi rumah, bagi tempoh 21 tahun, kata syarikat itu.
#Hanwha Energy Corp
#Tenaga Nasional Berhad
#loji janakuasa tenaga solar
#TNB
#MIDA
#pelaburan strategik
#modal
#Azman Mahmud
#Korea Selatan
#Seoul