LinkedIn tubuh pejabat di Malaysia
Bernama
Disember 18, 2018 21:47 MYT
Disember 18, 2018 21:47 MYT
Rangkaian profesional terbesar di dunia, LinkedIn akan menubuhkan pejabat di Malaysia pada suku pertama 2019 untuk memberi perkhidmatan kepada empat juta ahlinya di negara ini dan mengembangkan perniagaannya di Asia Pasifik.
Pengarah Urusan Asia Pasifik Olivier Legrand berkata Linkedln turut berminat untuk meneroka jumlah penduduk ASEAN yang besar seramai 600 juta untuk mewujudkan akses kepada peluang ekonomi bagi golongan profesionalnya.
LinkedIn telah mempunyai lebih 28 juta ahli di ASEAN, katanya dalam kenyataan.
"Susulan syarikat terus mengukuhkan penawarannya kepada pelanggan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, matlamat kami ialah memberi perkhidmatan kepada segmen yang semakin berkembang ini di rantau ini," katanya.
-- BERNAMA