Lima gajet ini boleh jadikan rumah anda kediaman pintar
Haikal Raman
September 25, 2021 08:00 MYT
September 25, 2021 08:00 MYT
TRANSFORMASI rumah anda menjadi sebuah kediaman pintar dengan adaptasi teknologi semasa yang tidak hanya mencipta suasana lebih maju, sebaliknya turut memudahkan urusan harian anda.
Mungkin sebelum ini kita hanya melihat ‘babak’ dalam filem-filem barat yang mana, pemilik kediaman berinteraksi memberi arahan secara verbal kepada gajet… namun kini ekosistem tersebut boleh dibangunkan sendiri di rumah anda.
Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui bagaimana mengubah rumah anda menjadi sebuah kediaman pintar dengan karakter futuristik.
Google Nest Mini Smart Speaker, melangkaui fungsi!
Kita kini hidup dalam era yang tidak hanya menuntut pembesar suara pintar hanya sebagai ‘pembesar suara’, sebaliknya ia harus berfungsi secara lebih optimal pada umumnya.
Memperkenalkan Google Nest Mini Smart Speaker (dapatkan di sini) bagi menikmati hiburan dengan akses yang mudah kepada Google Assistant bagi pengalaman tidak terjangkau.
Anda boleh mengawalnya dengan sensor suara… cukup katakan "Ok Google" bagi memainkan lagu menerusi Spotify, YouTube Music dan platform hiburan lain.
Dengan Asisten Google, anda boleh mendapatkan informasi cuaca, berita dan keadaan lalu lintas.
Terima kasih Smart Wifi Bulb, anda sangat membantu!
Kawal kelajuan kipas menggunakan alat kawalan jauh?
Penciptaan lampu adalah lebih maju dengan kawalan menggunakan sensor suara! malah, paras terang atau malap juga boleh dilaras dengan adanya Smart Wifi Bulb.
How cool is that?!
Terdapat pelbagai jenama yang menawarkan Smart Wifi Bulb (dapatkan di sini) namun jika anda mencari jenama yang dipercayai, sila dapatkan daripada Xiaomi, Philips dan Homedoki.
Gaya elit dengan Motion Sensor Dustbin
Bakul sampah dengan sensor gerakan tidak hanya menjadikan dapur anda kelihatan futuristik, sebaliknya turut memberikan sentuhan gaya elit.
Tidaknya lebih selesa, malah ia turut mengelakkan anda dan keluarga daripada terdedah dengan kuman (germ) yang melekat pada permukaan bakul sampah. Thank me later! (dapatkan di sini)
Dokumen penting anda selamat dengan Smart Drawer Cabinet Lock
Jika anda ingin menjaga privasi dokumen atau sebarang benda bersifat peribadi, kami sarankan untuk dapatkan kunci laci kabinet pintar (dapatkan di sini) dan ia selamat di dalamnya.
Apa yang menariknya tentang kunci laci kabinet pintar ini, ia menggunakan peranti pintar anda sebagai kunci sekali gus tidak lagi perlu bimbang tersalah letak kunci atau tercicir di mana-mana.
Takut gelap? Rechargeable Sensor Night Light adalah teman baik anda
Dengan dilengkapi sensor gerakan, anda kini tidak lagi perlu ‘meraba-raba’ dinding untuk membuka suis lampu… dengan kemampuan mengesan pergerakan, lampu dengan rekaan menarik ini akan menyala sendiri.
Ia turut boleh dijadikan sebagai aksesori pada bahagian tangga, almari dan dinding selain tahap terang dan malap boleh dilaras dengan mudah. (dapatkan di sini)
Kini anda akan lebih banyak menghabiskan masa berada di rumah dan ‘me time’. Stay in stay safe people!
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.