Perang harga dan persaingan di antara syarikat insurans dijangka berlaku berikutan liberalisasi tarif motor dan kebakaran mulai 1 Julai 2017.
Harga untuk produk itu akan diliberalisasi dan 'mereka yang diberi lesen' akan dapat menentukan premium atau kadar sumbangan takaful untuk mereka.
Rakan kongsi Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd, Nurul Syuhada Nurazmi berkata, syarikat yang bermodal tinggi akan mampu mengharungi perang harga itu kerana mereka mempunyai penampan dan keuntungan yang cukup bagi menampung deposit mereka.
"Sesetengah syarikat insurans sudah mula bersiap sedia untuk menguasai pasaran," katanya dengan menambah yang lain mungkin dengan sengaja menurunkan kadar bagi meningkatkan penguasaan pasaran walaupun menyedari kadar berkenaan sudah pun rendah dan tidak menguntungkan.
"Jika anda mempunyai perniagaan yang menguntungkan, anda boleh menurunkan kadar lagi sehingga ia mencapai titik pulang modal.
"Sesetengah syarikat yang tidak mempunyai wang yang cukup, akan menjual perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas pembentangan mengenai 'Landskap masa depan industri insurans am' pada seminar sehari di sini, hari ini.
Seminar mengenai 'Liberalisasi Tarif: Berjaya Dalam Persekitaran Kompetitif', dianjur secara bersama oleh Institut Insurans Malaysia (IIM) dan Actuarial Partners.
Nurul berkata, terpulang kepada penyedia insurans sepenuhnya untuk meletakkan harga produk mereka pada kadar difikirkan patut bagi menarik pelanggan.
Menurutnya, liberalisasi itu akan menggalak peningkatan jumlah produk insurans serta pelanggan baharu di samping mewujudkan persaingan.
"Terlalu banyak saingan akan memusnahkan pasaran seperti apa yang berlaku di India dan China apabila liberalisasi bermula, ia gagal," kata Nurul.
Bagaimanapun, kesan keseluruhan kepada industri insurans masih terlalu awal untuk ditentukan pada peringkat ini, kata beliau.
Mulai 2019, kemajuan dan kesan liberalisasi berperingkat-peringkat itu akan dinilai untuk menentukan kesediaan pengguna dan industri untuk liberalisasi seterusnya, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, tidak lama lagi premium insurans motor akan berdasarkan senarai faktor risiko, bukan lagi dasar penetapan harga yang terlalu mudah dan dikawal selia seperti sekarang ini.
"Ini akan menawarkan platform awal untuk syarikat insurans meningkatkan tawaran dan dasar penetapan harga mereka," katanya.
Syed Moheeb berkata, industri insurans dijangka menyaksikan pertumbuhan sederhana tahun ini berikutan kemerosotan permintaan dalam industri kereta.
Bernama
Mon Aug 15 2016
Terpulang kepada penyedia insurans sepenuhnya untuk meletakkan harga produk mereka pada kadar difikirkan patut bagi menarik pelanggan. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Thailand perkenal perlindungan insurans untuk galak sektor pelancongan
Jika berlaku kematian, kerajaan akan membayar pampasan sehingga 1 juta baht, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand.
Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.
Sun Life Malaysia rai ulang tahun sedekad dengan kempen '10 Years Brighter'
10 tahun memperkasa rakyat Malaysia penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang inovatif dan patuh Syariah.
Satu daripada dua rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans, Takaful bagi kediaman
Dengan situasi berdepan banjir setiap tahun, kita perlu bimbang dengan keadaan aset yang tidak dilindungi.
Shahanim sumbang insurans bernilai RM100,000 kepada 100 penghantar makanan
Inisiatif ini merupakan langkah awal dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan insurans dalam kalangan masyarakat Sungai Petani.
Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.
Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
SOP baharu umrah telah siap - Nancy
Antara yang diperhalusi ialah masalah kuarantin dan insurans perlindungan jemaah umrah sekembalinya ke tanah air.
Macau Scam: Pesara awam rugi lebih RM1.6 juta
Seorang wanita yang merupakan pesara awam di Sibu kerugian lebih RM1.63 juta akibat sindiket 'Macau Scam' dalam tempoh dua bulan ini.
Reformasi, tambah baik aspek pembiayaan penjagaan kesihatan - Nadiah Wan
Penambahbaikan serta reformasi pada aspek pembiayaan penjagaan kesihatan perlu diletakkan sebagai keutamaan.